Jan 4, 2012

Hepi..Hepi..New Year...hohohoho



Hepi..hepi..New year...

Mungkin agak terlewat tp x kisah la..as long as still in the mood of new year so xde hal la nk wish hepi new year..hikhikhik...

Da lama x update blog nie..bnyk benda nk citer tp akibat kekangan masa, kemalasan nk menaip dan lebih suka membaca blog org lain mmbuatkan blog ni da berhabuk...acchummm!!!

Tahun baru 2012 permulaan baru bg saya n mr hubby sbb mr hubby da pindah balik sni..then, kami pon da dapat kuarters so Chinese New Year nnt da boleh pindah..hope, new environment will bring a new luck...

Azam tahun nie nk jd isteri yg lebih baik compare than last year..maklumlah skrg kan dah ddk skali..so da x leh mls2..kena rajin masak, iron baju mr hubby awal2, rajin kemas umah n rajin lipat baju..hikhik..

Harapan saya moga2 tahun ni kami suami isteri akan dapat baby...Amin!!!

Korang lak cmner...apa azam korang?citer arr skit...hikhikhik...


pict: kredit encik gugel...

Aug 25, 2011

LaGi enTry PasaL MakaN



Okies..ni yg da latest bukak posa ramai2 makan..seperti biasa group 5 sekawan yg diketuai oleh saya sendiri dan 4 orang bebudak iaitu kikin, iem, nadia n rasyid yg menghavockan keadaan..kali ni makan kt kedai Sup Urat Keting, Bangi..

Sebenarnya dah lama dh teringin nk mkn sup nie..sekali kikin plan ajak berbuka kt cni..apa lg,trs on..makanan mmg superb..ada sate lg..terbaekk...tp saya mkn 1 cucuk je ssb dh full gila2 dh perut..kikin je mampu mkn lebih..hahaha..x padan ngn kecik..


Sup campur n sup keting+ekor, ikan pari n talapia bakar,kailan ikan masin dan telur dadar...superb..sekali lg heaven...


kelihatan tangan iem dah x sabar2 nk mkn dok kacau2 sup tu kekunun nk bagi serasi..hikhikhik...

Makanan mmg berbaloi la..sedap sgt2..mmg puas hati..tiba2 terliur trgt2 sup ekor...yummmyyy....

Aug 24, 2011

Little Pantry..nice!!!

Okies..entry yg nie lak makan berbuka kat Little Pantry, IOI Mall, Puchong ngn mmbr2 umah zaman bujang dedolu..sapa lg klu bukan Asai, K.miha n Bobot...last minute br decide nk mkn kt cni...jom layan gambar..


Makan kt cni mmg best sbb kedai ni kiut miut jer..waitress dia pon cumel2 je pakai uniform tu..aritu kitaorg mkn buffet..RM30 sorang..sedap n selesa..nyum..nyum..lg sedap sbb bobot belanja...hikhikhik..



Sibuk bobot nk amik gmbr x habis2...



K.miha n cupcake warna warninya...(siap esoknya saya bwk g opis lg mkn ngn staff...oppss, kantoi x puasa)


asai dn mimik mulutnya mmg xleh nk dipisahkan..hikhikhik..sori yer laling...



cupcake warna warni yg sedap...


see..bobot x habis2 ngn kamera...


tis is mine..sedap sgt...

Tapak Sulaiman..nyum..nyum...

Arini x nak citer banyak..Selalu bukak blog orang lain asyik citer pasal makan2 jer..arini saya lak nk citer bab makan...

Disebabkan saya ni berjauhan ngn Mr.Hubby, so berbuka puasa bersama-sama kawan opis adalah pilihan yg bagus kerana klu x nescaya akan berbuka puasa sambil ada feeling2 sayu sebatang kara kt dunia..jadi azan pkl 7.28, pkl 7.35 dh siap mkn sbb sedih mkn sorang2...so, pantang je mmbr2 or bebudak opis ni ajak berbuka kt luar laju je saya setuju...

ni gambar masa posa ke 9...nama kedai ni Tapak Sulaiman..mknan mmg heaven klu suka makanan kampung..feeling ala kampung gitew..kedai ni mmg agak tersorok dan x besar pon..tp makanan mmg x leh celen la..terbaek!!!!!!!


Ni gmbr dari luar kedai tu..mula2 cm takut salah..so srh bebudak ni g tanya..rupa2nya betol ni Kedai tapak Sulaiman...hikhikhik


Kat cni mkn pelik skit..kita mkn apa yg tuan kedai tu masak..so xleh demand2 nk sup ke tomyam ke bagai..aritu kitaorg mkn udang galah masak lemak cili api, tempe gorang kentang, ayam msk kicap, sayur cmpur, ikan masin, ulam dan sambal belacan melaka..mmg masyuk..baru RM10 sorang..heaven..


Ni salah seekor udang yg telah menjadi santapan kitaorg aritu..bnyk gila2 udang eventhough yg makan 5 org jer...


Finally, huru hara meja makan setelah kekenyangan...

Aug 23, 2011

Maafkan ibu, nak.

Salam Ramadhan...dah lama rasanya x update blog...bukan apanya,skrg ni kt opis tgh sibuk sesangat..persediaan utk Star Rating la, meeting panel inovasi la, 5S la, KIK lg mmg x sempat nk bukak blog nie..mmg bnyk bnda nk update especially bab makan2 buka posa ramai2 ngn mmber..tp lain kali la yek br update..

arini saya nk kongsi sikit pasal penderitaan rakyat Somalia yg x pernah berkesudahan..rasanya dari zaman saya kecik2 lg saya dh mendengar cerita ttg rakyat Somalia nie..senang citer kalau cakap psl kebuluran mmg org akan kaitkan dgn Somalia..

Tapi tahukan korang semua bahawasanya 99% rakyat Somalia adalah beragama ISLAM..mereka ini mmg wajib kita tolong..kadang2 menitik air mata saya bila baca penderitaan mereka ini dari blog Madam Martinelli..lecturer UIA yang berkhidmat utk CENSERVE..satu badan di UIA yang bertanggungjawab mengenai social responsibility..

Ini sedikit kisah yang saya amik dari blog beliau utk renungan bersama:


Maafkan ibu, nak.













Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu,
berjalan kaki selama 2 minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju Dabaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur 2 tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur 4 tahun dipimpin berjalan.

Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan saja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air masing-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.

Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa ditingggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata Warda berserah kepada Allah untuk apa saja yang akan ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana.

Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda beurusia 29 tahun membawa bayinya dan 4 orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai di Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis.


Sebagaimana Wardo, Faduma terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendokong bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.

Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan 3 orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan dengan meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya.


Hatinya hanya mampu berbisik,"Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi..."

Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka.


Bersama-samalah kita berdoa agar penderitaan rakyat Somalia ini berakhir dan perang saudara yang sengaja dicetuskan oleh orang kafir ditamatkan..amin..


Sumber rujukan:
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Aug 9, 2011

Jalan-jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang



p/s: renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia ini...amin....

Jul 26, 2011

"GiveAway EdY : still beauty"...



cerklik banner atas nie nengok apa yg kuar....

Sesapa suka Angry Bird cecuba angkat tangan cam teman...oleh sbb skrg ni tgh addicted ngn Angry Bird smpi minit mesyuarat pon x siap2 lg, teman pon lompat2 seronok bila Edy nak bg patung Angry Bird nie..hwa..hwa...leh peluk2 smbl main Angry Bird nnt..hikhikhik..

Edy ni ada 2 blog yg best..klu xcaya certengok sini
Klu nk tgk tmpt2 menarik & tips2 berguna leh tgk sini plak

Nak tgk hadiah dia x? cecuba scroll bwh skit.....



Tempat pertama : 2 x Patung Angry Bird





Tempat kedua : 3 x Handphone Stand Angry Bird





Tempat ketiga : 5 x Patung Comel dari Australia




Amacam suka x?Apa lg join la contest nie..mudah jer syarat2 penyertaan dia..So skrg ni teman nk tag adik teman srh join...Cik Puteh..klu menang leh bg anak dia main..hikhikhik..
kena cepat2 sebab tarikh tutup penyertaan pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011

p/s: Mr Edy...harap2 dapat ler hadiah no 1 bt peluk2 smbl main game Angry Bird yek...hikhikhik